Wednesday 23 July 2014

22 Julai 2014 bukan pengakhiran


Pada 22 Julai 2014, bermulanya tarikh yang menjadi titik permulaan bagi keluarga kepada Allahyarham Kartini Borhan.

Hakim Chew So Ho membaca alasan penghakiman beliau dalam bahasa Inggeris. Ahli keluarga semua diam dan bersabar. Tiba-tiba...

"therefore acquitted and discharged..."

Itulah yang masih terngiang-ngiang ditelinga saya... Setelah mendengar keputusan hakim, semua ahli keluarga terkejut... Timbalan Pendakwa Raya menjalankan tugas untuk menjelaskan keadaan kepada mereka sekeluarga... ternyata undang-undang telah membelakangi ahli keluarga yang kasihan ini...

Ahmad Rizal yang merupakan suspek didalam kes pembunuhan ini, terlepas... Sudah tentu dia amat gembira kerana terlepas dari hukuman mandatori Seksyen 302 Kanun Keseksaan... Sudah tentu peguamnya Ram Singh tersenyum lebar... Ahmad Rizal terlepas hanya kerana semua bahan bukti habis terbakar... Disebabkan hal inilah pihak penghakiman sukar untuk membuat keputusan tanpa fakta (facts in issue) atau bukti (real evidence) untuk dipertimbangkan....
(rujuk: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2013/04/27/bilik-stor-tempatkan-fail-kes-bahan-bukti-terbakar/)

Tapi bagi ahli keluarga Allahyarham Kartini... Mereka tertunduk... Sedih... Pilu... tertanya-tanya dimanakah keadilan? Para wartawan datang menyerbu Encik Borhan untuk ulasan lanjut... 

Sungguh tidak disangka-sangka... Kes yang berlanjutan selama 2 tahun lebih ini sia-sia sahaja usaha... 

Tapi kebenaran tidak pernah mengenal erti putus asa... inilah permulaan... Diharap kes ini akan dibawa ke mahkamah rayuan... Justeru, sokongan dari media amat diperlukan agar kes ini tidak akan menjadi sunyi... Kes pembunuhan Allahyarham Kartini memerlukan keadilan...


Sunday 26 January 2014

Pegawai penyiasat mengatakan TIADA ORANG KETIGA

demikianlah berita dari Daily Express bertarikh 25 Januari 2014

Walaupun pada sebelum ini terdapat seorang saksi tidak hadir ke mahkamah, perjuangan keluarga arwah Kartini tetap terbayar yang mana kenyataan Pegawai penyiasat telah mengesahkan bahawa 'Tiada orang ketiga' terlibat didalam kes ini.

Perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 24 dan 25 Februari 2014.

Friday 3 January 2014

Nobody owns life, but anyone who can pick up a frying pan owns death - William S. Burroughs

Pemergian arwah Kartini kini telah mencecah 2 tahun lebih dan proses perbicaraan masih berlangsung... 

Tidak lama selepas itu, kita dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang anggota TLDM iaitu arwah Asrup yang mana kononnya beliau mati lemas semasa menjalankan latihan. Walaubagaimana pun, kematian arwah Asrup amatlah diragui. Berdasarkan gambar arwah dibawah (mohon maaf kepada keluarga arwah kerana memuat turun gambar arwah dalam blog ini) dan merujuk kepada berita yang disebarkan di laman web dan juga laman sosial, arwah telah dikatakan telah dibunuh dan bukan mati lemas. 

Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) juga telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

"Merujuk kepada berita dan gambar Asruf, anggota TLDM dikatakan mati dibunuh yang disebarkan di laman web dan juga laman sosial. Pihak TLDM sedang menjalankan siasatan dan ketika ini menunggu laporan Post-Mortem yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah. Siasatan Terperinci akan diadakan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian LK 1 PAP Asrup Bin Raidin. Sekiranya kematian beliau diakibatkan perbuatan jenayah, Pihak TLDM akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dan dikenalpasti menyebabkan kematian beliau. Masyarakat dan orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan isu ini melalui portal http://www.navy.mil.my/index.php/e-aduan" 

sumber : http://www.ekeleh.com/kenyataan-rasmi-tldm-berkaitan-asrul-dikatakan-mati-dibunuh/



Disini saya ingin membuat penjelasan kenapa saya membawa isu arwah Asrup kedalam blog ini. Kedua-dua mereka iaitu arwah Kartini dan Asrup merupakan mangsa! Mereka merupakan mangsa kekejaman yang masih belum dapat keadilan! Pembunuh mereka yang berada di golongan yang sama masih belum dapat hukuman yang sepatutnya!! 

Oleh itu, saya mohon agar kita bersama-sama menegakkan keadilan demi mereka yang menjadi mangsa kekejaman si pembunuh yang tidak kenal erti dan nilai nyawa seseorang. 







Monday 30 December 2013

Segala yang dihasrat tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat - A. Samad Said

Berikut merupakan kisah benar yang berlaku kepada Liv (bukan nama sebenar) iaitu adik kepada arwah Kartini yang mana kejadian ini terjadi pada 20 September 2013...
"Tadi petang sy g car wash permai kgu..kebetulan my frend cal ajak minum...so kmi pg la kdi desa bayangan... so mgkn takdir kn... ada lapan ka 10org bertopenng manusia ni..saitan mcm.nek 3 buah keta.. 1van 2 waja..kmu phm2lh apa..dorg berceta2dgn suara yg kuat mcm sialhbs dorg xnmpk sy...itu dog2 nmpk blkg sy aja kotttt...kantoi dorg.. butir perbualan.. kes bunuh itu pagi bla2....bla.blaaaa... tidak siok bh kerja klo x satu kepala.. semua sy dgr .... skli sy xtahan sy pusing suara yg mcm dog semua diam bah...satu bnyi pn tiada..mcm apa ar mcm itu hanjing yg sakit.skli sy g toilet gara2 panas...xsmpi seminit kottttt2222 dogy semua nek kereta... itu muka mcm tiada nyawa..sialll btl dog2..berketawa mcm itu nyawa pattung..shit pnya dog.....sy ne x suka jg memaki..tp klo sdh begini...jahanam namanya... syukurlah...hari ni kebenaran itu sdh nyata...."
*mohon maaf atas kekasaran bahasa. saya sebagai admin kepada blog ini yakin dan pasti bahawa Liv bukan jenis yang berbahasa kasar sembarangan. 
Untuk makluman kalian, perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 23 dan 24 Januari 2014. Diharap si tertuduh bersama peguambelanya tidak cuba untuk menegakkan benang yang basah. sudah terang lagi bersuluh, ini kan lagi tidak mahu mengaku membunuh.  



 
 

Wednesday 23 October 2013

HARAPAN UNTUK PERBICARAAN TERAKHIR PADA 13 NOVEMBER 2013

*gambar hiasan*

Inilah yang bakal dinanti... 

perbicaraan pada 13 november dengan harapan penghakiman yang diberi akan memihak kepada pihak keluarga arwah...

Marilah kita sama-sama berdoa agar keadilan masih bertapak didunia yang penuh kezaliman ini...




Tuesday 21 May 2013

Bicara Insp polis dituduh bunuh ibu tunggal bermula


Demikianlah tajuk utama akhbar Daily Express pada 24 April 2013.























*Sedikit kelewatan dalam mengemaskini amatlah disesali.

Kes ini telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 22 April 2013.

Komentar
Kami yang berada di pihak kebenaran amat berbesar hati kerana keadilan semakin menghampiri. Walaubagaimana pun, tetap ada juga halangan yang tidak dijangka. Gambar berikut adalah balai polis Keningau yang terbakar dalam beberapa hari selepas perbicaraan ditangguhkan untuk perbicaraan seterusnya dan ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

















credit : mummynemo.com


















credit : mummynemo.com






















credit FB : I LOVE KENINGAU



Untuk pengetahuan semua, kejadian ini berlaku pada 26 April 2013, kira-kira pukul 1.30 tgh hari. Tambahan pula, bahagian yang terbakar adalah stor ekshibit termasuk bangunan pejabat JSJ dan pejabat PIFOS.

Menakjubkan! Selepas perbicaraan tersebut kemudian terbakar pula stor ekshibit. Menurut siasatan, kebakaran tersebut dipercayai berpunca dari litar pintas yang berlaku di bahagian pendawaian atau wayar elektrik di luar bangunan yang menyimpan barang-barang kes.

Persoalannya, di manakah ekshibit untuk kes Kartini Borhan ini disimpan?

Sumber :
http://plbgaimacam.blogspot.com/2013/04/gambar-balai-polis-keningau-terbakar-3.html


http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2013/4/27/mstar_jenayah/20130427105246&sec=mstar_jenayah


Admin disini tidak mahu mengulas panjang mengenai kebakaran ini kerana khuatir akan dituduh menyebar hasutan lalu mengalami nasib yang sama seperti Adam Adli.






















sumber gambar : https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSBvRfFqjgvLnq7IZxII3idr2YC_TTAqWVsxhQ07cjrpQVTtjj-