Sunday 11 March 2012

Kebenaran selalu akan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah


Saya sendiri tertanya-tanya, mengapa segelintir manusia pada zaman sekarang semakin tidak berperikemanusiaan? Mereka sanggup berkomplot demi kepentingan sendiri seolah-olah 'nyawa' seseorang itu tidak bernilai.

Saya juga tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh tidur lena pada waktu malam tanpa sedikit pun perasaan bersalah? Mungkin juga mereka bukan manusia lagi...tetapi saitan.

Berbalik kepada isu, kes arwah Kartini adalah salah satu kes yang memerlukan penyiasatan terperinci daripada orang-orang yang boleh dipercayai sahaja. 

Dalam laporan Inspektor Ahmad Rizal kononnya beliau menerima panggilan dari arwah dimana arwah meminta pertolongan kerana dia dirompak dan ditikam oleh seorang perompak yang dikenali sebagai Samsuddin Abu @ Buyung. Seperti yang dilaporkan perompak adalah seorang bekas pesalah yang mempunyai rekod jenayah.

Ahmad Rizal memberi keterangan dimana dia datang menyelamatkan arwah setelah menerima panggilan tersebut pada 29/9/2011 (khamis) sekitar jam 4 - 5.00 pagi. Dalam laporannya juga menyatakan Ahmad Rizal bergelut dengan perompak tersebut menyebabkan urat kakinya luka dan bahagian belakang ditikam.

Walaubagaimana pun, laporan yang dikeluarkan oleh Hospital Keningau mendapati luka yang di alami oleh Inspektor tersebut hanya luka cakaran kuku sahaja manakala luka di urat kaki boleh dibuat sendiri. Laporan forensik juga membuktikan bahawa arwah telah meninggal pada jam 1.00 pagi sedangkan mayat di hantar sekitar jam 5.00 pagi. Lihatlah betapa berlakunya percanggahan fakta disini antara Ahmad Rizal dan laporan dari hospital. Untuk meneka siapa pembunuh itu senang saja, tapi untuk membuktikannya memerlukan penyiasatan terperinci dan bukti yang kukuh untuk dibawa ke muka pengadilan.

Persoalannya, masih wujudkah lagi mereka yang ingin menegakkan keadilan? atau "wang" telah mengubah segalanya? 

Saya mendapati keterangan yang diberi oleh Ahmad Rizal langsung tidak masuk akal. Kononnya dia menerima panggilan dari arwah Kartini minta datang segera untuk diselamatkan dari perompak (yang mungkin sebenarnya tidak wujud dan cuma rekaan semata mata). Padahal Ahmad Rizal ini berpangkat "Inspektor". Apakah beliau tidak dibekalkan pistol? sehingga tidak dapat mempertahankan diri dari perompak tersebut?

Menurut berita yang disiarkan di SabahKini menyatakan : "Boleh tolong jawab secara jujur, apakah polis berpangkat Inspektor tidak dibekalkan dengan pistol? Kemudian, adakah boleh diterima logik akal bahawa Inspektor Ahmad Rizal mampu datang dengan sekelip mata sahaja ke rumah Kartini setelah mendapat panggilan daripada Kartini, serta terserampak pula dengan penceroboh yang sedang menikam Kartini dan kemudiannya menikam Inspektor Ahmad Rizal beberapa kali? Bolehkah diterima teori ini oleh akal yang waras? Jawapan semua ini hanya ada pada PDRM Keningau dan IPK Negeri Sabah - Hj Hamzah Abdullah". Sumber : Dedahkan Siasatan Kes Bunuh Kartini

Setelah beberapa kes yang berlaku seperti kes Tan Beng Hock, Altantuya dan Norietta membuat saya terfikir, bolehkah kita terus percaya pada PDRM dan mengharap dari mereka untuk keadilan?

Ahmad Rizal disyaki membunuh arwah Kartini dan sekarang dia masih bebas! Inikah namanya keadilan? Undang-undang dimanipulasi untuk menentang mereka yang tidak bersalah. Tidak kira lah siapa-siapa yang ingin menutup kes ini, kami yang ingin keadilan akan terus menentang demi membela kematian arwah! Wahai pembunuh, bergembira lah, hidup lah dengan dosa... Hukuman akhirat menantimu.




No comments:

Post a Comment