Wednesday 23 July 2014

22 Julai 2014 bukan pengakhiran


Pada 22 Julai 2014, bermulanya tarikh yang menjadi titik permulaan bagi keluarga kepada Allahyarham Kartini Borhan.

Hakim Chew So Ho membaca alasan penghakiman beliau dalam bahasa Inggeris. Ahli keluarga semua diam dan bersabar. Tiba-tiba...

"therefore acquitted and discharged..."

Itulah yang masih terngiang-ngiang ditelinga saya... Setelah mendengar keputusan hakim, semua ahli keluarga terkejut... Timbalan Pendakwa Raya menjalankan tugas untuk menjelaskan keadaan kepada mereka sekeluarga... ternyata undang-undang telah membelakangi ahli keluarga yang kasihan ini...

Ahmad Rizal yang merupakan suspek didalam kes pembunuhan ini, terlepas... Sudah tentu dia amat gembira kerana terlepas dari hukuman mandatori Seksyen 302 Kanun Keseksaan... Sudah tentu peguamnya Ram Singh tersenyum lebar... Ahmad Rizal terlepas hanya kerana semua bahan bukti habis terbakar... Disebabkan hal inilah pihak penghakiman sukar untuk membuat keputusan tanpa fakta (facts in issue) atau bukti (real evidence) untuk dipertimbangkan....
(rujuk: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2013/04/27/bilik-stor-tempatkan-fail-kes-bahan-bukti-terbakar/)

Tapi bagi ahli keluarga Allahyarham Kartini... Mereka tertunduk... Sedih... Pilu... tertanya-tanya dimanakah keadilan? Para wartawan datang menyerbu Encik Borhan untuk ulasan lanjut... 

Sungguh tidak disangka-sangka... Kes yang berlanjutan selama 2 tahun lebih ini sia-sia sahaja usaha... 

Tapi kebenaran tidak pernah mengenal erti putus asa... inilah permulaan... Diharap kes ini akan dibawa ke mahkamah rayuan... Justeru, sokongan dari media amat diperlukan agar kes ini tidak akan menjadi sunyi... Kes pembunuhan Allahyarham Kartini memerlukan keadilan...


Sunday 26 January 2014

Pegawai penyiasat mengatakan TIADA ORANG KETIGA

demikianlah berita dari Daily Express bertarikh 25 Januari 2014

Walaupun pada sebelum ini terdapat seorang saksi tidak hadir ke mahkamah, perjuangan keluarga arwah Kartini tetap terbayar yang mana kenyataan Pegawai penyiasat telah mengesahkan bahawa 'Tiada orang ketiga' terlibat didalam kes ini.

Perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 24 dan 25 Februari 2014.

Friday 3 January 2014

Nobody owns life, but anyone who can pick up a frying pan owns death - William S. Burroughs

Pemergian arwah Kartini kini telah mencecah 2 tahun lebih dan proses perbicaraan masih berlangsung... 

Tidak lama selepas itu, kita dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang anggota TLDM iaitu arwah Asrup yang mana kononnya beliau mati lemas semasa menjalankan latihan. Walaubagaimana pun, kematian arwah Asrup amatlah diragui. Berdasarkan gambar arwah dibawah (mohon maaf kepada keluarga arwah kerana memuat turun gambar arwah dalam blog ini) dan merujuk kepada berita yang disebarkan di laman web dan juga laman sosial, arwah telah dikatakan telah dibunuh dan bukan mati lemas. 

Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) juga telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

"Merujuk kepada berita dan gambar Asruf, anggota TLDM dikatakan mati dibunuh yang disebarkan di laman web dan juga laman sosial. Pihak TLDM sedang menjalankan siasatan dan ketika ini menunggu laporan Post-Mortem yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah. Siasatan Terperinci akan diadakan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian LK 1 PAP Asrup Bin Raidin. Sekiranya kematian beliau diakibatkan perbuatan jenayah, Pihak TLDM akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dan dikenalpasti menyebabkan kematian beliau. Masyarakat dan orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan isu ini melalui portal http://www.navy.mil.my/index.php/e-aduan" 

sumber : http://www.ekeleh.com/kenyataan-rasmi-tldm-berkaitan-asrul-dikatakan-mati-dibunuh/



Disini saya ingin membuat penjelasan kenapa saya membawa isu arwah Asrup kedalam blog ini. Kedua-dua mereka iaitu arwah Kartini dan Asrup merupakan mangsa! Mereka merupakan mangsa kekejaman yang masih belum dapat keadilan! Pembunuh mereka yang berada di golongan yang sama masih belum dapat hukuman yang sepatutnya!! 

Oleh itu, saya mohon agar kita bersama-sama menegakkan keadilan demi mereka yang menjadi mangsa kekejaman si pembunuh yang tidak kenal erti dan nilai nyawa seseorang.