Thursday 15 March 2012

Petikan akhbar...

SabahKini.net

30 Sept 2011 by Mutalib M.D : Siapa bunuh Kartini Borhan?
- Arwah diklasifikasi sebagai mangsa rompakan oleh Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohamed
- Polis Sabah cuba menutup kes ini dengan pelbagai teori


1 Okt 2011 by Jaikol Jerry : PDRM gagal jamin keselamatan Keningau?
- Keselamatan di Keningau perlu ditingkatkan
- Dilaporkan kononnya Inspektor Ahmad Rizal, 29 sedang menerima rawatan di Hospital Keningau


2 Okt 2011 by Mutalib M.D : Nyawa bekas teman lelaki Kartini dalam bahaya?
- Bekas teman lelaki, Ah Heng mengaku dalam bahaya dan enggan bertanggung jawab
- Ah Heng merayu agar Ketua Polis Negara melindungi beliau daripada kumpulan Kongsi Gelap dan Mafia yang berselindung disebalik uniform di Keningau


3 Okt 2011 by Mutalib M.D : Polis enggan terima laporan bapa mangsa
- Bapa mangsa, En. Borhan menyatakan bahawa polis Keningau enggan menerima laporan beliau dengan alasan polis sedang menjalankan siasatan

(admin jfkb : walhal, laporan polis adalah antara elemen yang penting dalam penyiasatan dan ianya protokol)

- En. Borhan yakin anaknya menjadi mangsa 'cover-up' polis dan menyatakan pentingnya untuk menubuhkan Unit Khas untuk menyiasat kes ini
- Ada kumpulan Mafia terlibat untuk menyelamatkan Ahmad Rizal yang disyaki melakukan pembunuhan tersebut
- Samsuddin @ Abu Buyung dijadikan sasaran sebagai 'kambing hitam' dan beliau dituduh sebagai pembunuh Kartini. Beliau lah yang dikatakan datang menceroboh di rumah arwah.


5 Okt 2011 by Mutalib M.D : Inspektor 'Sahab' dituduh membunuh?
- En. Borhan akhirnya berjaya membuat laporan di balai polis Keningau
- Beliau dalam laporannya mengatakan menyesaki Ahmad Rizal
- Dia juga mengatakan mereka tiada kaitan dan tidak kenal akan Samsuddin @ Abu Buyung


5 Okt 2011 by admin : Cops promise action over widow's murder
- Datuk Hamza Taib selaku Pesuruhjaya Polis Sabah mengatakan mereka sedang menyiasat motif pembunuhan

(admin jfkb : untuk pengetahuan anda, arwah bukan 'widow' atau dalam bahasa melayu, BALU. Adalah lebih baik untuk mengelar beliau sebagai 'ibu tunggal' / single mother)


7 Okt 2011 by Hj Hamzah Abdullah : Dedahkan siasatan kes bunuh Kartini
- Jalan cerita sebenar diselindung dan tidak disiarkan mana-mana akhbar tempatan
- Laporan yang dibuat oleh En. Borhan di balai polis Keningau mendedahkan kejadian sebenar


12 Okt 2011 by Hj Hamzah Abdullah : PAS desak polis Sabah hentikan sandiwara





















- Inspektor Ahmad Rizal ditahan reman
- Beliau didakwa di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh dengan niat


13 Okt 2011 by Margrate@Suriaty Binti Oripon : Suara dari pusara!
- Ibu arwah menulis kepada SabahKini
- Beliau menyatakan hasrat untuk menegakkan keadilan demi arwah

"Jaminan yang diberikan PDRM umpama mengharapkan kerlipan bintang di kala hujan lebat, namun apakan daya kerana masih ramai pegawai polis di luar sana yang mengejek dan menista arwah Kartini, masih berusaha mempertahankan Ahmad Rizal dan suku sakatnya yang terlibat sama membunuh dan menghapuskan bukti" - Sumber : Suara dari pusara!


Sunday 11 March 2012

Kebenaran selalu akan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah


Saya sendiri tertanya-tanya, mengapa segelintir manusia pada zaman sekarang semakin tidak berperikemanusiaan? Mereka sanggup berkomplot demi kepentingan sendiri seolah-olah 'nyawa' seseorang itu tidak bernilai.

Saya juga tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh tidur lena pada waktu malam tanpa sedikit pun perasaan bersalah? Mungkin juga mereka bukan manusia lagi...tetapi saitan.

Berbalik kepada isu, kes arwah Kartini adalah salah satu kes yang memerlukan penyiasatan terperinci daripada orang-orang yang boleh dipercayai sahaja. 

Dalam laporan Inspektor Ahmad Rizal kononnya beliau menerima panggilan dari arwah dimana arwah meminta pertolongan kerana dia dirompak dan ditikam oleh seorang perompak yang dikenali sebagai Samsuddin Abu @ Buyung. Seperti yang dilaporkan perompak adalah seorang bekas pesalah yang mempunyai rekod jenayah.

Ahmad Rizal memberi keterangan dimana dia datang menyelamatkan arwah setelah menerima panggilan tersebut pada 29/9/2011 (khamis) sekitar jam 4 - 5.00 pagi. Dalam laporannya juga menyatakan Ahmad Rizal bergelut dengan perompak tersebut menyebabkan urat kakinya luka dan bahagian belakang ditikam.

Walaubagaimana pun, laporan yang dikeluarkan oleh Hospital Keningau mendapati luka yang di alami oleh Inspektor tersebut hanya luka cakaran kuku sahaja manakala luka di urat kaki boleh dibuat sendiri. Laporan forensik juga membuktikan bahawa arwah telah meninggal pada jam 1.00 pagi sedangkan mayat di hantar sekitar jam 5.00 pagi. Lihatlah betapa berlakunya percanggahan fakta disini antara Ahmad Rizal dan laporan dari hospital. Untuk meneka siapa pembunuh itu senang saja, tapi untuk membuktikannya memerlukan penyiasatan terperinci dan bukti yang kukuh untuk dibawa ke muka pengadilan.

Persoalannya, masih wujudkah lagi mereka yang ingin menegakkan keadilan? atau "wang" telah mengubah segalanya? 

Saya mendapati keterangan yang diberi oleh Ahmad Rizal langsung tidak masuk akal. Kononnya dia menerima panggilan dari arwah Kartini minta datang segera untuk diselamatkan dari perompak (yang mungkin sebenarnya tidak wujud dan cuma rekaan semata mata). Padahal Ahmad Rizal ini berpangkat "Inspektor". Apakah beliau tidak dibekalkan pistol? sehingga tidak dapat mempertahankan diri dari perompak tersebut?

Menurut berita yang disiarkan di SabahKini menyatakan : "Boleh tolong jawab secara jujur, apakah polis berpangkat Inspektor tidak dibekalkan dengan pistol? Kemudian, adakah boleh diterima logik akal bahawa Inspektor Ahmad Rizal mampu datang dengan sekelip mata sahaja ke rumah Kartini setelah mendapat panggilan daripada Kartini, serta terserampak pula dengan penceroboh yang sedang menikam Kartini dan kemudiannya menikam Inspektor Ahmad Rizal beberapa kali? Bolehkah diterima teori ini oleh akal yang waras? Jawapan semua ini hanya ada pada PDRM Keningau dan IPK Negeri Sabah - Hj Hamzah Abdullah". Sumber : Dedahkan Siasatan Kes Bunuh Kartini

Setelah beberapa kes yang berlaku seperti kes Tan Beng Hock, Altantuya dan Norietta membuat saya terfikir, bolehkah kita terus percaya pada PDRM dan mengharap dari mereka untuk keadilan?

Ahmad Rizal disyaki membunuh arwah Kartini dan sekarang dia masih bebas! Inikah namanya keadilan? Undang-undang dimanipulasi untuk menentang mereka yang tidak bersalah. Tidak kira lah siapa-siapa yang ingin menutup kes ini, kami yang ingin keadilan akan terus menentang demi membela kematian arwah! Wahai pembunuh, bergembira lah, hidup lah dengan dosa... Hukuman akhirat menantimu.




Friday 9 March 2012

Di manakah perginya nilai kemanusiaan?

Pada 30 September 2011, saya dikejutkan oleh sebuah berita dimana seorang wanita telah dibunuh. Dia dibunuh dengan kejamnya dan tanpa belas kasihan. Wanita tersebut ialah Kartini Borhan dan mempunyai seorang anak lelaki. Arwah dibunuh pada tarikh 29 September 2011.

Persoalannya, di manakah perginya nilai kemanusiaan? Mengapakah arwah dibunuh dengan kejam dan tanpa belas kasihan?

Laporan awal dari SabahKini bertarikh 30 September 2011 mengatakan Kartini telah diklasifikasikan sebagai mangsa rompak oleh Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Zahari Mohamed. Sumber : Siapa Bunuh Kartini Borhan?

Pelbagai spekulasi di utarakan dari pelbagai pihak lebih-lebih lagi dari orang yang tidak tahu menahu tentang kes ini. Sesetengah dari mereka cuma tahu memburukkan nama arwah walhal mereka tidak tahu keperitan keluarga mangsa menanggung kesedihan yang memeritkan.

Sekali lagi berita dari SabahKini bertarikh 5 Oktober 2011 melaporkan bahawa bapa arwah, En.Borhan Bin Sulaiman berjaya membuat laporan polis di Balai Polis Keningau di mana dalam keterangan beliau mengesyaki anaknya telah dibunuh oleh Inspektor Ahmad Rizal Omar pada 29 September 2011 di Taman Adika, Keningau. Dalam akhbar tersebut mengatakan, "Borhan yang kesal kerana usahanya untuk membuat laporan polis sejak tarikh kematian anaknya dihalang polis yang bertugas".

Dalam laporan polisnya, Keningau/RPT/4523/2011 En. Borhan menyatakan bahawa :

"Saya, Borhan Bin Sulaiman, NRIC 590525-12-5467, di sini membuat satu laporan kes bunuh Kartini Bte Borhan, merupakan anak saya sendiri telah dibunuh dengan kejam. Kejadian berlaku pada 29.9.11 di sebuah Perumahan No.7, Taman Adika, Keningau, di mana mangsa tinggal menyewa sebuah bilik tersebut. Saya selaku ayah mangsa minta siasatan lanjut, bukan semata-mata berkait rompakan dan saya selaku ayah dan keluarga mangsa mengesyaki Ahmad Rizal Omar selaku pegawai polis berpangkat inspektor yang menghantar mayat anak saya, Kartini Bte Borhan pada tarikh 29.9.11, kira-kira jam 5.30 pagi ke Hospital Keningau terlibat disebabkan alasan-alasan keraguan yang kami kumpul".
 Sumber : Inspektor 'Sahab' Dituduh Membunuh? 

Lihatlah sendiri betapa kebenaran tetap akan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah. Inspektor tersebut kini disyaki telah membunuh arwah Kartini sebagaimana yang dilaporkan oleh bapa arwah di dalam laporan polis. Walaupun ada segelintir pihak yang cuba untuk menutup kes ini, bukti tetap datang satu per satu dan berpihak kepada keluarga mangsa.