Friday 9 March 2012

Di manakah perginya nilai kemanusiaan?

Pada 30 September 2011, saya dikejutkan oleh sebuah berita dimana seorang wanita telah dibunuh. Dia dibunuh dengan kejamnya dan tanpa belas kasihan. Wanita tersebut ialah Kartini Borhan dan mempunyai seorang anak lelaki. Arwah dibunuh pada tarikh 29 September 2011.

Persoalannya, di manakah perginya nilai kemanusiaan? Mengapakah arwah dibunuh dengan kejam dan tanpa belas kasihan?

Laporan awal dari SabahKini bertarikh 30 September 2011 mengatakan Kartini telah diklasifikasikan sebagai mangsa rompak oleh Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Zahari Mohamed. Sumber : Siapa Bunuh Kartini Borhan?

Pelbagai spekulasi di utarakan dari pelbagai pihak lebih-lebih lagi dari orang yang tidak tahu menahu tentang kes ini. Sesetengah dari mereka cuma tahu memburukkan nama arwah walhal mereka tidak tahu keperitan keluarga mangsa menanggung kesedihan yang memeritkan.

Sekali lagi berita dari SabahKini bertarikh 5 Oktober 2011 melaporkan bahawa bapa arwah, En.Borhan Bin Sulaiman berjaya membuat laporan polis di Balai Polis Keningau di mana dalam keterangan beliau mengesyaki anaknya telah dibunuh oleh Inspektor Ahmad Rizal Omar pada 29 September 2011 di Taman Adika, Keningau. Dalam akhbar tersebut mengatakan, "Borhan yang kesal kerana usahanya untuk membuat laporan polis sejak tarikh kematian anaknya dihalang polis yang bertugas".

Dalam laporan polisnya, Keningau/RPT/4523/2011 En. Borhan menyatakan bahawa :

"Saya, Borhan Bin Sulaiman, NRIC 590525-12-5467, di sini membuat satu laporan kes bunuh Kartini Bte Borhan, merupakan anak saya sendiri telah dibunuh dengan kejam. Kejadian berlaku pada 29.9.11 di sebuah Perumahan No.7, Taman Adika, Keningau, di mana mangsa tinggal menyewa sebuah bilik tersebut. Saya selaku ayah mangsa minta siasatan lanjut, bukan semata-mata berkait rompakan dan saya selaku ayah dan keluarga mangsa mengesyaki Ahmad Rizal Omar selaku pegawai polis berpangkat inspektor yang menghantar mayat anak saya, Kartini Bte Borhan pada tarikh 29.9.11, kira-kira jam 5.30 pagi ke Hospital Keningau terlibat disebabkan alasan-alasan keraguan yang kami kumpul".
 Sumber : Inspektor 'Sahab' Dituduh Membunuh? 

Lihatlah sendiri betapa kebenaran tetap akan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah. Inspektor tersebut kini disyaki telah membunuh arwah Kartini sebagaimana yang dilaporkan oleh bapa arwah di dalam laporan polis. Walaupun ada segelintir pihak yang cuba untuk menutup kes ini, bukti tetap datang satu per satu dan berpihak kepada keluarga mangsa. 


No comments:

Post a Comment