Tuesday 16 October 2012

Sudah berdosa, Tambah lagi dosa...

Untuk pengetahuan umum, perbicaraan untuk kes ini akan dibawa ke bulan Januari 2013. Seperti yang saya difahamkan, kes ini sepatutnya sudah dibawa dalam bulan November 2012 ini akan tetapi atas alasan-alasan tertentu yang diberi oleh pihak tertuduh telah melambatkan hari perbicaraan yang sepatutnya.

Timbalan Pendakwa Raya(TPR), Jamil Aripin : Beliau memberitahu mahkamah dimana dia menerima surat daripada kakak Rizal (kakak kepada si tertuduh) dimana dalam surat tersebut menyatakan :

"SESEORANG" : orang yang dimaksudkan berada didalam penjara memaklumkan si tertuduh bahawa dia mengetahui 'seseorang' yang telah melakukan pembunuhan terhadap si mangsa. 'Seseorang' yang satu ni lagi saya labelkan sebagai "SESEORANG-2".

Sumber artikel : Kes bunuh Kartini, Bicara Januari 2013

Maknanya si SESEORANG ni  yang juga berada di dalam penjara pergi memaklumkan c TERTUDUH ini dimana dia tahu SESEORANG-2 lah yang telah membunuh arwah?

TPR juga berkata bawaha pihak pendakwaan telah merekodkan kenyataan si SESEORANG ni akan tetapi polis tidak dapat mengenal pasti si SESEORANG tersebut.

memang pun tidak dapat dikenal pasti...this is "MERE ASSUMPTION". where is your evidence? come on DEFENCE COUNSEL, is this all the best you can do? huh?

Memang dari awal kes ini percubaan untuk mewujudkan PIHAK KETIGA dilakukan. sebenarnya pihak ketiga tersebut memang TIDAK WUJUD pun (sudah tidak ada bukti?).

Kemudian saya juga dikejutkan oleh kenyataan (berdasarkan pembacaan saya dalam article Kes Bunuh Kartini, Bicara Januari 2013) oleh TPR tersebut dimana forensik patologi, Dr. Jessie Hiu mahu mendapatkan pakar lain. Pakar itu hanya akan datang pada 24 Oktober 2012 ini dan pihak TPR perlu membuat banyak persiapan.

Kenapa baru sekarang? Sudah tahu kes ini berkonflik, sila lah mendapatkan kepastian awal. Dr. Jessie Hiu, you cannot do it alone and of course you need others to help you in this case.

Saya faham pihak pendakwaan telah diletakkan "beban pembuktian" yang tinggi dalam kes ini dan saya harap semuanya akan berjalan lancar sehingga hari perbicaraan tiba.

Moga Tuhan memberkati dan KEBENARAN PASTI MENANG!

*Untuk pengetahuan umum, ini adalah KES BUNUH dan saya harap mana-mana pihak yang mengikuti perkembangan kes ini tidak membuat spekulasi yang tidak baik terhadap arwah.

Point of this case : Sentenced the murderer and fight for JUSTICE for the late Kartini Borhan.






Wednesday 20 June 2012

What happen next?

Pada 19 Jun 2012, sebutan kes untuk kali kedua telah dibuat di Mahkamah Keningau dimana sesi bermula pada jam 8 pagi.

Penantian selama ini telah terjawab dan kes ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Mari kita bersama-sama berdoa agar kes ini dapat diselesaikan dan keadilan untuk arwah dapat ditegakkan.

Monday 21 May 2012

Pegawai polis didakwa dalam kes bunuh Kartini

Siapa tahu "sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"...

Pada 14 Mei 2012, Inspektor Ahmad Rizal Bin Umar telah didakwa di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan membunuh Kartini Borhan pada 29 September 2011. Walaubagaimana pun tiada pengakuan diambil dari tertuduh dimana dia diwakili oleh peguamnya, Ram Singh dihadapan Majistret Norhamizah Shaiffuddin.

Kes bunuh ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika membunuh dengan niat. Untuk pengetahuan anda jika tertuduh disabit kesalahan maka hukuman adalah mandatori.

Pegawai Pendakwa Jamil Aripin yang juga merupakan Peguam Kanan Persekutuan merangkap Timbalan Pendakwa Raya Sabah mendakwa tertuduh telah membunuh Kartini Borhan di sebuah rumah di Taman Adika, Keningau.

Mahkamah telah menetapkan 19 Jun 2012 sebagai tarikh sebutan akan datang. Tertuduh juga akan ditahan reman dipenjara Kepayan sehingga tarikh sebutan kedua dan ini adalah dibawah Seksyen 259, Tatacara Jenayah.

Ram Singh pula meminta mahkamah untuk mengasingkan tertuduh daripada penjenayah lain di penjara Kepayan kerana ada antara penjenayah dalam tahanan telah ditangkap oleh tertuduh semasa menjalankan tugasnya sebagai pegawai polis. Majistret berkenaan memberi jaminan bahawa pengasingan tersebut telah diamalkan dibawah undang-undang negara dan layanan sama tetap diberikan kepada Rizal.

Jika kita lihat dalam kes ini, Ram Singh adalah antara "top lawyer" di Sabah. Siapa tahu bagaimana dia akan mengendalikan kes ini untuk si tertuduh, Rizal. Apa pun Allah tetap diatas kita semua dan Dia lagi maha adil dan berkuasa.

Sumber akhbar :
1) Kes Bunuh Kartini, Pegawai Polis Didakwa - SabahKini
2) Bunuh : Pegawai Polis Dihadap Ke Mahkamah - New Sabah Times

Monday 9 April 2012

Tragedi Kartini Borhan


Perbuatan jahat seringkali dikaitkan dengan kelakuan yang tidak baik dan tidak sepatutnya dilakukan termasuk mencuri, merompak, memfitnah apatah lagi membunuh. Namun tragedi yang menimpa Almarhumah Kartini Binti Borhan, 27 tahun yang berlaku pada 29 September 2011(Khamis) menunjukkan terdapat juga manusia yang tidak berperikemanusiaan dan mementingkan diri. Arwah Kartini telah dibunuh tanpa belas kasihan melalui satu tikaman dijantungnya yang membawa maut di mana ianya dilakukan oleh puak yang telah jauh tersesat daripada hidayah Allah S.W.T.. Semasa arwah dimandikan betapa indahnya cahaya wajahnya. Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui segalanya malah yang lebih menyedihkan adalah dimana arwah yang mempunyai seorang anak lelaki yang pada ketika itu berumur 7 tahun telah kehilangan ibu pada usia muda.

Selepas arwah  di bawa pada pagi jumaat ke Kota Kinabalu (post – mortem)  di temani ibu ayah dan keluarga, arwah selamat di semadikan di tanah perkuburan Islam Kg.Banjar Keningau,  pada 30 september 2011 (petang Jumaat). Untuk pengetahuan, kereta land rover yang dipandu oleh seorang anggota polis bernama Jerome dari Keningau melalui jalan Kimanis pergi ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu hanya mengambil masa sejam iaitu dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi sedangkan masa perjalanan yang sepatutnya adalah selama lebih kurang 2 jam 30 minit. Ini menunjukkan sikap  polis  tersebut yang tidak mengambil peduli keselamatan di jalan raya dan tidak berhati-hati semasa memandu. Ini juga menunjukkan polis tersebut tidak menghormati dan tidak peduli keadaan jenazah arwah yang pada ketika itu terlontar kekiri dan kekanan. Dia memandu dalam had laju yang merbahaya dan ini menunjukkan dia tidak berfikir akan tentang keselamatan keluarga arwah yang ikut mengiringi di dalam kereta tersebut ditambah lagi keadaan bapa kepada arwah yang pada ketika itu kurang sihat. Ahli keluarga lain yang ikut mengiringi menggunakan kereta persendirian tidak dapat mengikut kenderaan yang dipandu oleh Jerome kerana terlalu laju. Sesampainya di Hospital Queen Elizabeh, Kota Kinabalu bapa arwah kemudiannya menggunakan kereta jenazah Islam persendirian untuk keselamatan dan tidak menaiki kereta land rover yang dipandu oleh polis tersebut. 

Dalam kes ini, seorang pegawai polis telah dikatakan saksi kepada kejadian bunuh tersebut dimana polis tersebut ialah Inspektor Ahmad Rizal Omar berusia 29 tahun. Dalam laporan beliau mengatakan dia mendapat panggilan daripada arwah yang meminta bantuan apabila mendapati seorang lelaki tidak di kenali pada kira-kira jam 4.40 pagi berpusing-pusing dikawasan rumahnya. Lelaki tersebut dikatakan adalah suspek dalam kes ini  pegawai polis tersebut itu kemudian bergegas ke rumah arwah dan mendapati pintunya terbuka sebelum melihat arwah sedang bergelut dengan seorang lelaki yang memegang pisau lalu cuba memberi bantuan. Dalam keadaan kelam-kabut, lelaki tersebut menikam Ahmad Rizal dikaki, bahu dan belakang menyebabkan berlumuran darah, sebelum  dia melarikan diri. Ahmad Rizal yang dalam keadaan cedera ekoran pergelutan itu sempat melihat suspek menikam mangsa secara bertubi-tubi. Pegawai polis berkenaan kemudian memandu kereta persendiriannya ke balai polis Keningau dan meminta bantuan sebelum datang kembali bersama beberapa anggota polis yang lain menggunakan kereta persendirian Ahmad Rizal, sebelum di kejarkan ke Hospital Keningau untuk medapatkan rawatan kecemasan.

Walaubagaimana pun, terdapat keraguan dalam kes ini terutama keterangan yang diberikan oleh Ahmad Rizal. Berlakunya percanggahan antara laporan forensik dan juga laporan yang diberikan oleh Ahmad Rizal. Laporan yang dibuat oleh Ahmad Rizal mengatakan kejadian rompak telah berlaku pada awal pagi kejadian, akan tetapi tiada langsung sebarang tanda pecah masuk. 

Inspektor tersebut juga menyatakan arwah ada menghubungi beliau untuk meminta bantuan akan tetapi secara fakta tiada bukti panggilan daripada bil telefon arwah yang dikeluarkan oleh Digi bertarikh 1 September hingga 30 September 2011. 

Menurut pakar forensik Kota Kinabalu yang dinyatakan secara lisan kepada bapa arwah, En. Borhan memberitahu arwah telah meninggal kira-kira 3 jam awal sebelum arwah dihantar ke hospital pada pukul 5.30am pada 29 September 2011. Ini bermakna kejadian bunuh itu berlaku pada sekitar jam 2.30 pagi dan amat bertentangan dengan keterangan yang diberikan oleh Ahmad Rizal dari segi masa kejadian, iaitu dimana pada jam 4.40 pagi arwah kononnya membuat panggilan untuk meminta bantuan dan pada sekitar jam 5 pagi menghantar arwah ke hospital. Apatah lagi yang menghairankan Ahmad Rizal telah mengaku dirinya sebagai ahli keluarga arwah sedangkan mereka langsung tiada hubungan persaudaraan.

Menurut bil telefon Digi arwah, panggilan keluar telah dibuat melalui telefon bimbit arwah pada 29 September 2011 selepas kematian arwah dalam jam 10.30 pagi dan 16.47 petang dimana pada ketika itu arwah berada di kamar mayat manakala telefon bimbit tersebut berada dalam jagaan polis sebagai bahan bukti. Panggilan telah dibuat ke nombor 0138515934 dan 0138816607 (nombor telefon bimbit Ahmad Rizal). Persoalannya, bolehkah telefon bimbit tersebut digunakan sedangkan ianya berada dalam jagaan pihak polis sebagai salah satu bukti penting dalam kes ini? Siapakah yang menggunakan telefon bimbit arwah untuk membuat panggilan? 

Justeru, Inspektor Ahmad Rizal telah ditahan sebagai suspek dan juga telah ditahan reman selama 14 hari.  Namun demikian 6 bulan kini telah berlalu dan kes ini masih dalam siasatan. Memang diakui untuk menyelesaikan kes bunuh tidak semudah mana. Kita mungkin boleh meneka siapakah pembunuhnya tetapi  untuk membawa kes ini ke muka pengadilan memerlukan bahan bukti kukuh tambahan lagi yang terlibat ini ialah seorang pegawai polis. Terdapat juga kes lain yang senasib dengan kes arwah Kartini ini contohnya kes arwah Aminulrasyid Amzah, 15 yang mati ditembak polis. Belum pun kita habis bicara tentang kes ini timbul pula mangsa lain, Mohd Azizi Aziz, 17 dimana dia ditembak polis pada bahagian perutnya dan menyebabkan kematian. Kalau ya pun hendak menjalankan tugas, keganasan bukanlah jalan penyelesaian yang sesuai. Polis dibekalkan pistol untuk melindungi diri daripada penjenayah merbahaya yang cuba untuk menyerang polis semasa bertugas dan bukannya untuk menembak remaja yang tidak mempunyai senjata langsung. Tambahan lagi untuk melepaskan tembakan mesti ada "Standard Operating Procedure" (SOP) dan ada juga peringkat bila masa boleh tembak dan situasi. Lihatlah...Mereka inilah yang menjadi mangsa kekejaman manusia beruniform. Persamaan mereka dalam kes sebegini, sudah membunuh, mahu menutup kes pula dan maklumat pula disembunyikan.

Lebih mengecewakan lagi dimana terdapat pihak yang tidak tahu menahu tentang kes ini memutarkan belit cerita dan menyebarkan fakta yang tidak benar mengenai arwah dan berlagak tahu. Mereka sibuk memburukkan dan menghakimi arwah sedangkan mereka tidak sedar perbuatan tersebut juga tidak kurang jahatnya dengan membunuh. Untuk pengetahuan semua, arwah Kartini bukan pekerja kelab malam. Sepatutnya mereka harus bersyukur kerana masih boleh menikmati kehidupan dan masih mempunyai keluarga tersayang. Apakah mereka tidak pernah membayangkan jikalau mereka kehilangan salah seorang ahli keluarga tanpa kerelaan? Diharap pihak seperti ini sedar akan perlakuan mereka dan tidak kira berapa lama pun masa diambil arwah pasti akan mendapat keadilan.  



*klik gambar untuk saiz besar*


Thursday 15 March 2012

Petikan akhbar...

SabahKini.net

30 Sept 2011 by Mutalib M.D : Siapa bunuh Kartini Borhan?
- Arwah diklasifikasi sebagai mangsa rompakan oleh Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohamed
- Polis Sabah cuba menutup kes ini dengan pelbagai teori


1 Okt 2011 by Jaikol Jerry : PDRM gagal jamin keselamatan Keningau?
- Keselamatan di Keningau perlu ditingkatkan
- Dilaporkan kononnya Inspektor Ahmad Rizal, 29 sedang menerima rawatan di Hospital Keningau


2 Okt 2011 by Mutalib M.D : Nyawa bekas teman lelaki Kartini dalam bahaya?
- Bekas teman lelaki, Ah Heng mengaku dalam bahaya dan enggan bertanggung jawab
- Ah Heng merayu agar Ketua Polis Negara melindungi beliau daripada kumpulan Kongsi Gelap dan Mafia yang berselindung disebalik uniform di Keningau


3 Okt 2011 by Mutalib M.D : Polis enggan terima laporan bapa mangsa
- Bapa mangsa, En. Borhan menyatakan bahawa polis Keningau enggan menerima laporan beliau dengan alasan polis sedang menjalankan siasatan

(admin jfkb : walhal, laporan polis adalah antara elemen yang penting dalam penyiasatan dan ianya protokol)

- En. Borhan yakin anaknya menjadi mangsa 'cover-up' polis dan menyatakan pentingnya untuk menubuhkan Unit Khas untuk menyiasat kes ini
- Ada kumpulan Mafia terlibat untuk menyelamatkan Ahmad Rizal yang disyaki melakukan pembunuhan tersebut
- Samsuddin @ Abu Buyung dijadikan sasaran sebagai 'kambing hitam' dan beliau dituduh sebagai pembunuh Kartini. Beliau lah yang dikatakan datang menceroboh di rumah arwah.


5 Okt 2011 by Mutalib M.D : Inspektor 'Sahab' dituduh membunuh?
- En. Borhan akhirnya berjaya membuat laporan di balai polis Keningau
- Beliau dalam laporannya mengatakan menyesaki Ahmad Rizal
- Dia juga mengatakan mereka tiada kaitan dan tidak kenal akan Samsuddin @ Abu Buyung


5 Okt 2011 by admin : Cops promise action over widow's murder
- Datuk Hamza Taib selaku Pesuruhjaya Polis Sabah mengatakan mereka sedang menyiasat motif pembunuhan

(admin jfkb : untuk pengetahuan anda, arwah bukan 'widow' atau dalam bahasa melayu, BALU. Adalah lebih baik untuk mengelar beliau sebagai 'ibu tunggal' / single mother)


7 Okt 2011 by Hj Hamzah Abdullah : Dedahkan siasatan kes bunuh Kartini
- Jalan cerita sebenar diselindung dan tidak disiarkan mana-mana akhbar tempatan
- Laporan yang dibuat oleh En. Borhan di balai polis Keningau mendedahkan kejadian sebenar


12 Okt 2011 by Hj Hamzah Abdullah : PAS desak polis Sabah hentikan sandiwara





















- Inspektor Ahmad Rizal ditahan reman
- Beliau didakwa di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh dengan niat


13 Okt 2011 by Margrate@Suriaty Binti Oripon : Suara dari pusara!
- Ibu arwah menulis kepada SabahKini
- Beliau menyatakan hasrat untuk menegakkan keadilan demi arwah

"Jaminan yang diberikan PDRM umpama mengharapkan kerlipan bintang di kala hujan lebat, namun apakan daya kerana masih ramai pegawai polis di luar sana yang mengejek dan menista arwah Kartini, masih berusaha mempertahankan Ahmad Rizal dan suku sakatnya yang terlibat sama membunuh dan menghapuskan bukti" - Sumber : Suara dari pusara!


Sunday 11 March 2012

Kebenaran selalu akan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah


Saya sendiri tertanya-tanya, mengapa segelintir manusia pada zaman sekarang semakin tidak berperikemanusiaan? Mereka sanggup berkomplot demi kepentingan sendiri seolah-olah 'nyawa' seseorang itu tidak bernilai.

Saya juga tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh tidur lena pada waktu malam tanpa sedikit pun perasaan bersalah? Mungkin juga mereka bukan manusia lagi...tetapi saitan.

Berbalik kepada isu, kes arwah Kartini adalah salah satu kes yang memerlukan penyiasatan terperinci daripada orang-orang yang boleh dipercayai sahaja. 

Dalam laporan Inspektor Ahmad Rizal kononnya beliau menerima panggilan dari arwah dimana arwah meminta pertolongan kerana dia dirompak dan ditikam oleh seorang perompak yang dikenali sebagai Samsuddin Abu @ Buyung. Seperti yang dilaporkan perompak adalah seorang bekas pesalah yang mempunyai rekod jenayah.

Ahmad Rizal memberi keterangan dimana dia datang menyelamatkan arwah setelah menerima panggilan tersebut pada 29/9/2011 (khamis) sekitar jam 4 - 5.00 pagi. Dalam laporannya juga menyatakan Ahmad Rizal bergelut dengan perompak tersebut menyebabkan urat kakinya luka dan bahagian belakang ditikam.

Walaubagaimana pun, laporan yang dikeluarkan oleh Hospital Keningau mendapati luka yang di alami oleh Inspektor tersebut hanya luka cakaran kuku sahaja manakala luka di urat kaki boleh dibuat sendiri. Laporan forensik juga membuktikan bahawa arwah telah meninggal pada jam 1.00 pagi sedangkan mayat di hantar sekitar jam 5.00 pagi. Lihatlah betapa berlakunya percanggahan fakta disini antara Ahmad Rizal dan laporan dari hospital. Untuk meneka siapa pembunuh itu senang saja, tapi untuk membuktikannya memerlukan penyiasatan terperinci dan bukti yang kukuh untuk dibawa ke muka pengadilan.

Persoalannya, masih wujudkah lagi mereka yang ingin menegakkan keadilan? atau "wang" telah mengubah segalanya? 

Saya mendapati keterangan yang diberi oleh Ahmad Rizal langsung tidak masuk akal. Kononnya dia menerima panggilan dari arwah Kartini minta datang segera untuk diselamatkan dari perompak (yang mungkin sebenarnya tidak wujud dan cuma rekaan semata mata). Padahal Ahmad Rizal ini berpangkat "Inspektor". Apakah beliau tidak dibekalkan pistol? sehingga tidak dapat mempertahankan diri dari perompak tersebut?

Menurut berita yang disiarkan di SabahKini menyatakan : "Boleh tolong jawab secara jujur, apakah polis berpangkat Inspektor tidak dibekalkan dengan pistol? Kemudian, adakah boleh diterima logik akal bahawa Inspektor Ahmad Rizal mampu datang dengan sekelip mata sahaja ke rumah Kartini setelah mendapat panggilan daripada Kartini, serta terserampak pula dengan penceroboh yang sedang menikam Kartini dan kemudiannya menikam Inspektor Ahmad Rizal beberapa kali? Bolehkah diterima teori ini oleh akal yang waras? Jawapan semua ini hanya ada pada PDRM Keningau dan IPK Negeri Sabah - Hj Hamzah Abdullah". Sumber : Dedahkan Siasatan Kes Bunuh Kartini

Setelah beberapa kes yang berlaku seperti kes Tan Beng Hock, Altantuya dan Norietta membuat saya terfikir, bolehkah kita terus percaya pada PDRM dan mengharap dari mereka untuk keadilan?

Ahmad Rizal disyaki membunuh arwah Kartini dan sekarang dia masih bebas! Inikah namanya keadilan? Undang-undang dimanipulasi untuk menentang mereka yang tidak bersalah. Tidak kira lah siapa-siapa yang ingin menutup kes ini, kami yang ingin keadilan akan terus menentang demi membela kematian arwah! Wahai pembunuh, bergembira lah, hidup lah dengan dosa... Hukuman akhirat menantimu.




Friday 9 March 2012

Di manakah perginya nilai kemanusiaan?

Pada 30 September 2011, saya dikejutkan oleh sebuah berita dimana seorang wanita telah dibunuh. Dia dibunuh dengan kejamnya dan tanpa belas kasihan. Wanita tersebut ialah Kartini Borhan dan mempunyai seorang anak lelaki. Arwah dibunuh pada tarikh 29 September 2011.

Persoalannya, di manakah perginya nilai kemanusiaan? Mengapakah arwah dibunuh dengan kejam dan tanpa belas kasihan?

Laporan awal dari SabahKini bertarikh 30 September 2011 mengatakan Kartini telah diklasifikasikan sebagai mangsa rompak oleh Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Zahari Mohamed. Sumber : Siapa Bunuh Kartini Borhan?

Pelbagai spekulasi di utarakan dari pelbagai pihak lebih-lebih lagi dari orang yang tidak tahu menahu tentang kes ini. Sesetengah dari mereka cuma tahu memburukkan nama arwah walhal mereka tidak tahu keperitan keluarga mangsa menanggung kesedihan yang memeritkan.

Sekali lagi berita dari SabahKini bertarikh 5 Oktober 2011 melaporkan bahawa bapa arwah, En.Borhan Bin Sulaiman berjaya membuat laporan polis di Balai Polis Keningau di mana dalam keterangan beliau mengesyaki anaknya telah dibunuh oleh Inspektor Ahmad Rizal Omar pada 29 September 2011 di Taman Adika, Keningau. Dalam akhbar tersebut mengatakan, "Borhan yang kesal kerana usahanya untuk membuat laporan polis sejak tarikh kematian anaknya dihalang polis yang bertugas".

Dalam laporan polisnya, Keningau/RPT/4523/2011 En. Borhan menyatakan bahawa :

"Saya, Borhan Bin Sulaiman, NRIC 590525-12-5467, di sini membuat satu laporan kes bunuh Kartini Bte Borhan, merupakan anak saya sendiri telah dibunuh dengan kejam. Kejadian berlaku pada 29.9.11 di sebuah Perumahan No.7, Taman Adika, Keningau, di mana mangsa tinggal menyewa sebuah bilik tersebut. Saya selaku ayah mangsa minta siasatan lanjut, bukan semata-mata berkait rompakan dan saya selaku ayah dan keluarga mangsa mengesyaki Ahmad Rizal Omar selaku pegawai polis berpangkat inspektor yang menghantar mayat anak saya, Kartini Bte Borhan pada tarikh 29.9.11, kira-kira jam 5.30 pagi ke Hospital Keningau terlibat disebabkan alasan-alasan keraguan yang kami kumpul".
 Sumber : Inspektor 'Sahab' Dituduh Membunuh? 

Lihatlah sendiri betapa kebenaran tetap akan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah. Inspektor tersebut kini disyaki telah membunuh arwah Kartini sebagaimana yang dilaporkan oleh bapa arwah di dalam laporan polis. Walaupun ada segelintir pihak yang cuba untuk menutup kes ini, bukti tetap datang satu per satu dan berpihak kepada keluarga mangsa.